Di antara beberapa murid Abu Hanifah yang terkenal ialah Abu Yusuf Ya’akub Al-Ansari, dengan pengarahan dan bimbingan dari gurunya ia terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqih dan diangkat menjadi qadli semasa khalifah Al-Mahdi dan Al-Hadi. Dan juga Al-Rasyid pada masa pemerintahan Abasiyyah.
Di antara karyanya (kitabnya) antara lain :
Al-kharaj, Al-Athar dan juga Arras ‘ala siari al-auzali.
Di antara muridnya yang lain ialah : A-Hazail, mereka tidak banyak mengarang buku, beliau banyak memberikan pelajaran dengan mengajar cara lisan saja.
Begitu juga Al-Hasan bin Zaid Al-Lu’lu, mereka juga termasuk di antara muridnya juga, mereka menjadi qadli kota Kufah, antara lain kitab karangan beliau Al-Qadhi, Al-Khisal, Ma’ani Al-Iman, An-Nafaqat, Al-Kharaj, Al-Fara’idh, Al-Wasaya dan Al-Amani.
Walaupun Abu Hanifah tidak banyak mengarang sebuah kitab untuk mazhabnya namun mazhabnya tetap terkenal disebabkan murid-muridnya atau anak didiknya banyak yang menulis kitab-kitab untuk mazhabnya terutama sekali Abu Yusuf Muhammad dan lain-lainnya