Imam Syafii dilahirkan di kota Ghazzah dalam Palestina pada tahun 105 Hijriah. Tarikh inilah yang termasyhur di kalangan ahli sejarah . . . Ada pula yang mengatakan beliau dilahirkan di Asqalan yaitu sebuah wilayah yang jauhnya dari Ghazzah lebih kurang tiga kilometer dan tidak jauh juga dari Baitul Makdis, dan ada juga pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di negeri Yaman.
Yakut menceritakan bahwa Imam Syafii pernah menceritakan : Aku dilahirkan di negeri Yaman, ibuku bimbang aku tidak terurus, lalu dibawaku bersamanya ke Mekah, umurku pada waktu itu kurang lebih 10 tahun.
Untuk menyatukan antara pendapat-pendapat tersebut di atas pernah dikatakan bahwa beliau dilahirkan di Ghazzah dan dibesarkan di Asqalin, dan penduduk Asqalin semuanya dari kabilah orang Yaman, dan inilah maksud bagi mereka yang mengatakan beliau dilahirkan di Yaman, atau dengan kata lain beliau dilahirkan di kalangan orang Yaman. Yakut telah menceritakan ketiga riwayat tersebut kemudian katanya : Tidak menjadi syak lagi bahwa Imam Syafii dilahirkan di Ghazzah, kemudian beliau berpindah ke Asqalin dan tinggal di sana sehingga remaja.
An-Nawawi berkata : Pendapat yang termasyhur ialah beliau dilahirkan di Ghazzah. Diceritakan bahwa Imam Syafii dilahirkan pada malam Abu Hanifah meninggal dunia, jika pendapat ini benar, kepastian tentang ini adalah jauh – adalah suatu perkara yang terjadi secara kebetulan saja. Seorang Imam meninggal dunia dan di masa itu juga lahir seorang Imam yang lain.
Keturunan Imam Syafii selanjutnya : Abu Abdullah bin Idris bin Al-Abas, Utsman bin Syafii bin As-Saib bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdu Manaf. Beliau adlaah dari keturunan suku (bani) Hasyim dan Abdul Muttalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah saw. pada datuk Rasulullah, yaitu Abdu Manaf. Lantaran itu dikatakan juga kepada Imam Syafii “Anak bapak saudara Rasul”.
Yakut berpendapat : Hasyim yang tersebut dalam silsilah keturunan Imam Syafii itu bukan Hasyim datuk kepada Rasulullah saw. Hasyim datuk kepada nabi ialah Hasyim bin Abdu Manaf dan Hasyim ini anaknya Ukhai.
Dengan pertalian tersebut di atas Imam Syafii menganggap dirinya dari orang yang dekat kepada Rasulullah, bahkan beliau dari keturunan “Zawil Kurba” yang berjuang sama dengan Rasulullah di zaman jahiliyah dan Islam. Mereka bersama dengan Rasulullah juga semasa orang Quraisy mengasingkan Rasulullah. Mereka bersama turut menanggung penderitaan bersama-sama Rasulullah.
Oleh karena itu tidak benar apa yuang dianggap oleh setengah dari orang yang mengatakan bahwa beliau bukan dari keturunan Quraisy bahkan dengan ketuaan saja.
Keluarga Imam Syafii adalah dari keluarga Palestina yang miskin dan yang dihalau dari negerinya. Mereka hidup di dalam perkampungan orang Yaman, tetapi kemuliaan keturunan beliau adalah menjadi tebusan kepada kemiskinan.
Bapak Imam Syafii meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Ibu beliau membawanya ke Mekah di waktu umur beliau dua tahun, dan menurut pendapat yang telah disebutkan di atas umurnya di waktu itu aialah 10 tahun. imam Syafii hidup sebagai seorang anak yatim.
Ibu Imam Syafii adalah keturunan Al-Azd, pendapat yang mengatakan beliau dari Quraisy adalah tidak benar. Nama ibunya ialah Fatimah binti Abdullah Al-Azdiyyah.
An-Nawawi pernah menceritakan tentang ibu Imam Syafii katanya : bahwa Rasulullah pernah bersabda : Al-Azd ialah singa Allah di bumi ini, banyak dari manusia yang hendak menjatuhkan mereka, tetapi tidak diizinkan Allah bahkan Allah meninggikan mereka, dan sesungguhnya pada suatu masa manusia akan berkata : Alangkah bertuah jika aku seorang Azdi dan alangkah bertuah juga jika ibuku seorang Adiyyah. Dan menurut suatu riwayat yang diiwayatkan oleh hadits maukuf yang maksudnya : Raja adalah dari orang Quraisy, kehakiman dari orang Anshar, jika penyeruan adzan dari orang Habsyah, dan amanah dari orang Al-Azd.
Semasa muda Imam Syafii hidup dalam kemiskinan, sehingga beliau terpaksa mengumpulkan batu-batu yang baik, belulang, pelepah tamar dan tulang unta untuk ditulis di atasnya. Kadangkala beliau pergi ke tempat-tempat perkumpulan orang banyak meminta kertas untuk menulis pelajarannya.