Pada artikel ini akan ditayangkan secara ringkas tentang biografi imam Malik (kelahiran) dan riwayat perjalanan hidup Imam Malik.
Biografi Kelahiran Malik
Imam Malik Imam yang kedua dari imam-imam empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Ia dilahirkan tiga belas tahun sesudah kelahiran Abu Hanifah.
Imam Malik ialah seorang imam dari kota Madinah dan imam bagi penduduk Hijaz. Ia salah seorang dari ahli fiqih yang terakhir bagi kota Madinah dan juga yang terakhir bagi fuqaha Madinah. Beliau berumur hampir 90 tahun.
Imam Malik semasa hidupnya sebagai pejuang bagi agama dan umat Islam seluruhnya. Imam Malik dilahirkan pada zaman pemerintahan Al-Walid bin Abdul Mlik Al-Umawi.
Dia meninggal dunia pada masa pemerintahan Harun Al-Rasyid di masa pemerintahan Abbasiyyah. Zaman hidup Imam Malik adalah sama dengan zaman hidup Abu Hanifah.
Semasa hidupnya, Imam Malik dapat mengalami dua corak pemerintahan, Umayyah dan Abbasiyyah di mana terjadi perselisihan hebat di antara dua pemerintahan tersebut. Di masa itu pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Persi dan Hindi (India) tumbuh dengan subur di kalangan masyarakat di kala itu.
Malik dapat juga melihat perselisihan antara pro-Abbasiyyah dan pro-‘Alwiyyin dan juga orang Khawarij, dan juga perselisihan antara golongan syi’ah dan golongan ahli-Sunnah dan orang Khawarij.
Di samping itu pula beliau dapat menyaksikan percampuran antara bangsa dan keturunan yaitu orang Arab, Persi, Rom dan Hindi.
Bermacam-macam pula perubahan yang terjadi, seperti di bidang pertanian, perniagaan, pertukangan dan bermacam corak kehidupan yang mana semuanya dengan menggunakan beberapa dalih menurut kacamata agama dan hukum-hukum fiqih dan di masa inilah permulaan penyusunan ilmu hadits, fiqih dan masalah hukum-hukum.
Imam Malik dilahirkan di suatu tempat yang bernama Zulmarwah di sebelah Utara ‘Al-Madinatul-Munawwarah’. Kemudian beliau tinggal di ‘Al-Akik’ sementara waktu akhirnya beliau terus menetap di madinah.
Bermacam-macam pendapat ahli sejarah tentang tarikh kelahiran Imam Malik. Ada setengah pendapat yang mengatakan pada tahun 90, 94, 95 dan 97 Hijriah perselisihan tarikh terjadi sejak masa dahulu.
Diceritakan bahwa ketika Ibu Malik mengandung Malik di dalam perutnya selama 2 tahun dan ada pula yang mengatakan 3 tahun.
Silsilah keturunan imam malik seperti berikut :
Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin Al-Haris dan beliau pendukung suku (Bani) Tamim Ibnu Murrah.
Datuknya yang kedua “Abu Amir bin Amru” salah seorang sahabat Rasulullah saw. yang ikut berperang bersama Rasulullah saw, kecuali dalam perang badar.
Datuk malik yang pertama yaitu Malik bin Amar dari golongan Tabi’in gelarannya ialah Abu Anas.
Diceritakan dari Umar, Tailah, Aisyah, Abu Hurairah dan Hasan bin Thabit semoga Allah melimpahkan keridhaanNya atas mereka semua : Datuk Imam Malik ialah salah seorang yang dari empat yang ikut menghantarkan dan mengebumikannya. Beliau turut bersama Khalifah Ustman ketika menyerang Afrika dan menaklukkannya.
Datuknya termasuk salah seorang penulis ayat suci, Al-Quran semasa Khalifah Ustman memerintahkan supaya mengumpulkan ayat suci Al-Quran dan Abdul Aziz pernah meminta pendapatnya.
Sejarah Anas, bapaknya Imam Malik tidak disebutkan dalam buku-buku sejarah. Apa yang diketahui beliau tinggal di suatu tempat bernama Zulmarwah, nama suatu tempat di padang pasir di sebelah Utara Al-Madinah.
Bapak Imam Malik bukan seorang yang biasa menuntut ilmu walaupun demikian beliau pernah mempelajari sedikit banyak hadits-hadits Rasulullah, beliau bekerja sebagai pembuat panah sebagai sumber nafkah bagi hidupnya.
Ibu Imam Malik bernama Al-Ghalit binti Syarik bin Abdul Rahman bin Syarik Al-Azdiyyah dan ada pula yang mengatakan namanya Talhah. Tetapi dia lebih terkenal dengan nama yang pertama.
Riwayat Perjalanan Hidup Imam Malik.
Imam Malik hafal Al-Quran dan hadits-hadits Rasulullah saw. Ingatannya sangat kuat dan sudah menjadi adat kebiasaannya apabila beliau mendengar hadits-hadits dari para gurunya terus dikumpulkan dengan bilangan hadits-hadits yang pernah beliau pelajari.
Pada suatu hari beliau mendengar tiga puluh hadits dari seorang gurunya yang bernama Ibnu Syihab. Beliau dapat menghafal hanya sebanyak dua puluh sembilan hadits lantaran itu beliau terus menemui Ibnu Syihab dan bertanya kepadanya tentang hadits yang beliau lupakan itu. Gurunya berkata : Bukankah kamu hadir di majlis hadits tersebut? Beliau menjawab : Benar saya bersama-sama tuan.
Ibnu Syihab bertanya lagi : mengapa engkau tidak menghafal? Beliau memberitahu gurunya : Sebenarnya jumlah hadits semuanya ada tiga puluh hadits yang saya lupakan hanya satu saja.
Ibnu Syihab berkata : Memang kebanyakan manusia itu pelupa dan akupun kadang-kadang lupa juga dan bacalah hadits yang engkau ingat itu.
Malik lantas membaca semua hadits yang dihafal kemudian Ibnu Syihab pun memberitahu padanya hadits yang beliau lupakan itu.
Pada mulanya, Malik bercita-cita ingin menjadi penyanyi. Ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-citanya dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqih. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.
Ibunya mengetahui beliau bercita-cita sedemikian ibunya memberitahukan kepadanya : Bahwa penyanyi yang mukanya tidak bagus tidak disenangi oleh orang banyak, oleh karena itu ibunya minta supaya beliau mempelajari ilmu fiqih saja.
Tujuan ibunya berkata demikian ialah hendak mencegah Malik menjadi seorang penyanyi, karena apa yang kita ketahui Imam Malik adalah terkenal seorang yang tampan wajahnya.
Malik adalah seorang guru yang miskin, Abdul Qasim rekannya berkata : Aku pernah bersama Malik semasa mencari ilmu. Pada suatu hari kayu bumbung rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapatkan sedikit uang buat perbelanjaan hidupnya. Tetapi pada akhirnya beliau mendapatkan kemurahan rizki sehingga beliau menjadi orang kaya.
Sebagaimana orang lain juga, setelah Imam Malik menginjak remaja, beliau mendapatkan kemudahan dalam kebutuhan hidupnya.
Menurut apa yang diketahui bahwa Malik hidup dalam kemiskinan selama beberapa tahun. Sebagai buktinya bahwa anak perempuannya selalu menangis kelaparan. Akhirnya beliau menjadi seorang yang bahagia dan kaya.
Imam Malik sering mendapat bantuan yang berupa derma sehingga Harun Al-Rasyid pernah memberikan derma padanya sebanyak tiga ribu dinar. Sebelum beliau hanya memiliki sebanyak empat ratus dinar saja dan uang ini digunakan sebagai modal bagi perniagaannya. Beliau tidak berniaga sendiri, tatapi beliau membeikan modal ratus dinar saja dan uang ini digunakan sebagai modal bagi perniagaannya. Beliau tidak berniaga sendiri, tetapi beliau memberikan modal kepada seorang pedagang dengan membagi keuntungan yang didapatkannya.
Pemberian modal untuk berdagang kemudian keuntungannya dibagi namanya adalah “Al-Mudaa-rabah”. Setelah kaya, beliau memakai pakaian yang harganya mahal, seperti pakaian yang datang dari “Aden”, Kharasanah dan Mesir dan memakai wangi-wangian yang baik. Beliau memakai sebentuk cincin bertulis dengan perkataan :
حسبي الله ونعم الوكيل
Di pintu rumahnya ada tulisannya :
ماشاء الله
Dengan berpandukan pada ayat suci Al-Quran :
ولولا اذ دخلت جنّتك قلت اشا ءالله
Imam Malik mempelajari bermacam-macam bidang ilmu pengetahuan, seperti ilmu hadits, Ar-Rad ala ahlil ahwa fatwa-fatwa dari para sahabat-sahabat dan ilmu fiqih Ahli Al-ra’yu (pikir)
Imam Malik adalah seorang yang sangat aktif dalam mencari ilmu. Beliau sering mengadakan pertemuan dengan para ahli hadits dan agama.